GLA Complex, betul ke boleh mengandung?

Insya Allah, hanya tinggal hari ini dan esok sahaja bagi promosi GLA Complex. Masuk saja 1 Ogos, promosi akan tamat dan kita nantikan pula promosi terkini daripada Shaklee.

Saya terima soalan dari salah seorang bakal customer semalam;

"Kalau saya makan GLA Complex sahaja, boleh ke saya mengandung kak?"

Tersenyum saya membaca mesej di Whatsapp tersebut. Sebelum menjawab, saya teliti dulu isi kandungan jawapan yang bakal saya berikan pada beliau. Ye saya sangat memahami, isu conceive ini sangat sensitif dikalangan pasangan yang masih belum dikuriniakan zuriat. Kadangkala sedikit ayat atau jawapan mampu mengguris perasaan dan merobek kepercayaan mereka terhadap sesuatu, terutama sekali produk yang dikatakan mampu untuk menjadikan tubuh mereka subur sekaligus membuatkan mereka hamil.

Antara faktor penting yang perlu kita ambilkira apabila bercakap tentang zuriat ialah, konsep rezeki dari Allah (bagi orang Islam). Kita memahami ajal, maut, umur dan rezeki semuanya adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.

~Bila Allah tidak beri apa yang kita mahu, sebenarnya Allah ingin menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu, lebih daripada yang kita mahu, kerana hanya Dia yang Maha Tahu~

Jadi perkara ini adalah satu ketentuan yang kita perlu redha. Tapi redha bukanlah bermaksud berserah tanpa sebarang usaha. Tapi redha sambil berusaha gigih mendapatkan apa yang kita mahukan. Jadi kita anda sedang berusaha dengan sebarang produk, kita hendaklah redha ianya sebagai salah satu usaha bagi mendapatkan sesuatu yang kita hajatkan. Sebab itulah bila saya dapat soalan begini, saya akan tekankan konsep ini dahulu. Saya tak mahu memberi harapan dan janji andainya nanti produk ini tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan.

Kita juga perlu juga ketahui  dan memahami beberapa faktor yang menyebabkan tubuh seseorang wanita tidak subur.

Ovulasi
Tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi.  Dalam bahasa mudahnya 'pengeluaran telur daripada ovari adalah sedikit atau kurang atau tiada langsung'.

Berat Badan
Wanita yang mempunyai berat badan yang terlalu berat atau terlalu kurus juga antara penyebab atau faktor sukar hamil. Jadinya antara langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

Usia
Apabila umur telah mencecah 35 tahun keatas, kebiasaannya kadar hormon semakin menurun dan mempengaruhi faktor kesuburan seseorang wanita. Biasanya pada usia ini kesuburan wanita semakin menurun.

Masalah-masalah lain
Pertumbuhan cyst, fibroid dan tumor yang mendatangkan masalah pada tiub fallopio, masalah serviks, masalah uterus, masalah lendir serviks, masalah hormon dan sebagainya.

Jadi sebelum memulakan sebarang suplemen untuk kesuburan, anda dinasihatkan untuk melakukan 'check-up' dan mendapatkan pandangan daripada yang lebih pakar dahulu. Jika ada sebarang masalah, saya nasihatkan anda ikuti treatment yang bakal Doktor lakukan terlebih dahulu. Apabila tiada masalah berkaitan isu-isu medikal, maka bolehlah anda mencuba untuk hamil dengan produk Shaklee.

Walaubagaimanapun, berikut saya paparkan beberapa testimoni yang saya ambil dari kumpulan tertutup Facebook kami berkaitan dengan kesuburan dan berjaya hamil dengan produk Shaklee.

Testimoni 1 : Ezeyana Ashleyana
Alhamdulillah!

Customer sy da 4 tahun kahwin tp blum de rezki utk mengandung

Berkat di bulan suci ni Alhamduliah beliau da disahkan mengandung(^-^)

Liza consume the magical set of GLA ,ALFALFA & B complex sejk awal July aritu

Beliau x prnah mkn ape2 supplement b4 this..

Tahniah liza n husband.. Allah makbulkan doa awk

Terima kasih krn memilih set kesuburan Shaklee !

 Testimoni 2 : Mastura Md Nor
Assalamulaikum.... kat sini saya nak share ttg costumer saya yang teringin nak anak lagi selepas kelahiran anak sulongnye 6 tahun lalu. Tapi masih takde rezeki. Dia ade terbaca ttg GLA shaklee n nak try. Selepas consume tak sampai sebotol pun GLA ni, dengan izin Allah dia pregnent. Dia betul2 tak sangka sbb dah tunggu lama sgt kan.

Testimoni 3 : HaziRah YuSoff

oooo..tahniah juga...cheerful monday! salam ramadhan..doakn kandungan saya sehat walafiat..thnx juga sbb promote gla kt saya...^^ kalau kak ade ape2 tips sila2kn share kt saya...hehe...

Ok cukup. Sebenarnya ada banyak lagi kisah kejayaan kehamilan dengan set kesuburan Shaklee atau GLA Complex ni.  Jika anda adalah antara golongan yang sedang berusaha untuk hamil, saya syorkan anda cuba set kesuburan Shaklee.

Saya adalah pengedar Shaklee dikawasan Subang Bestari dan Kota Damansara. Hubungi saya melalui info dibawah untuk tujuan konsultasi dan pesanan vitamin Shaklee anda. 

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


[MOTIVASI ] : JANGAN TUNGGU

Benar, salah satu masalah seseorang yang mahu berjaya ialah dia menunggu masa yang sesuai untuk memulakan langkah pertama.

Dari segi bisnes Shaklee, dah berkali-kali juga beberapa orang rakan menyuarakan hasrat nak mulakan langkah, tapi masih juga tak bergerak, masih juga di takuk yang lama. Alasan anak-anak masih kecil, bebanan kerja di pejabat, tiada modal yang besar, kekangan masa, tak mampu berjaga malam dan pelbagai alasan lagi diberikan. 'Comfort zone' yang sangat sukar untuk ditinggalkan.

Sebenarnya sikap menunggu begini tidak membawa banyak perkara positif pada kehidupan kita. Menunggu dan menunggu sehingga bertahun tahun masa terbuang tanpa satu keputusan yang tegas untuk membawa dan merubah masa depan kita.

Jom ikuti sedikit kata motivasi daripada page Ustaz Don.
JANGAN MENUNGGU....

✔ Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

✔ Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan semakin kaya.

✔ Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga! Maka kamu akan dipedulikan.

✔ Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.

✔ Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah, maka rezeki akan menunggumu.

✔ Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

✔ Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

✔ Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

✔ Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti akan lebih bersemangat !

~ Suami Isteri Bahagia

Ternyata bila kita ada prinsip 'Just Do It' dan tidak menunggu, lebih banyak perkara boleh dilaksanakan walaupun belum 100% berjaya.

Sesi Perjalanan Menuju Master : 'FTWM TO WAHM'

Alhamdulillah, Ahad lepas saya berpeluang menyelit dalam Sesi Perjalanan Menuju Master bersama Master Lyna dan Master Zainul. Master Lyna minta saya share tentang topik ini 'FTWM TO WAHM'.

Mungkin memang dah glamor dikalangan ibu-ibu celik Internet ni tentang terms yang saya gunakan tu. FTWM adalah full time working mother dan WAHM adalah work at home mother.  Kedua-duanya term merujuk kepada kaum wanita (bergelar ibu) yang menjana pendapatan untuk membantu menaiktaraf ekonomi keluarga. Bezanya  FTWM perlu pergi ke sesuatu tempat atau lebih tepat 'pejabat' manakala  WAHM bekerja dari rumah.



Alhamdulillah, sejak bergelar WAHM Februari lepas, memang banyak kelebihan dan keseronokan bekerja dari rumah. Sebagai seorang wanita yang memegang banyak tanggungjawab, ditambah lagi dengan usaha mencari side-income, memang terasa beban dan kekangan dari segi masa dan tenaga. Kadang-kadang memang rasa terlalu penat bila perlu membuat terlalu banyak perkara dalam satu masa. Jadi sebab itulah, saya sangat bersungguh-sungguh untuk menyandang gelaran WAHM ni. Sekurang-kurangnya saya dapat kurangkan 1 bahagian tanggunggjawab saya iaitu bekerja di luar rumah. Dapat kurangkan masa travelling dan terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Dan saya dapat jimatkan sekurang-kurangnya 2jam setiap hari dari masalah kesesakan jalanraya ni.
2 jam yang sangat berharga, macam-macam saya boleh siapkan dalam masa ini apabila saya berada dirumah :)

Dan inilah antara perbezaan antara sebelum dan selepas bergelar WAHM.


Dan antara kejayaan peribadi saya sendiri sebagai SHAKLEE WAHM;

- Berjaya naik rank Key Coordinator selepas 4 bulan bekerja dirumah. 
- Target bergelar 5-Figure Income WAHM sudah pun tercapai seawal bulan pertama saya bergelar WAHM.
- Berjaya mengembangkan empayar RichFamily saya dengan lebih baik. Rekod terkini empayar saya sudah pun lebih 200 orang.

Alhamdulillah, ini semua rezeki dan petanda kasih-sayang ALLAH. Seronok sangat bila masa sekarang lebih tertumpu pada keluarga dan bisnes sahaja disamping mempunyai pendapatan sendiri.

Perancangan teliti menuju WAHM perlu dibuat jika anda benar-benar mahukannya. Ia tidak datang bergolek, ia juga tidak semudah yang disangka. Masih memerlukan perit jerih berusaha di awal penglibatan bisnes kita bersama Shaklee. Namun ianya tak pernah mustahil seba memang dah ramai yang join Kelab WAHM 5 Angka ni. :)

Saya juga mahu berkongsi sedikit tips jika anda juga bercita-cita mahu menjadi seorang WAHM;
RESTU SUAMI & KELUARGA:
Suarakan kepada suami dan keluarga tentang keinginan bergelar WAHM

KEWANGAN YANG KUKUH :
Berkerjasama dengan suami untuk membuat perancangan kewangan keluarga.

BERTUKAR CERITA:
Dapatkan pandangan dan pengalaman dari mereka yang telah pun bergelar WAHM

SEDIAKAN ‘DEDICATED SPACE’ :
Dimana-mana bahagian dalam rumah yang mana anak-anak boleh memahami, disitulah tempat ibunya bekerja.

LIBATKAN AHLI KELUARGA:
Libatkan suami & anak-anak agar mereka juga excited dan tidak terpinggir dengan ‘pekerjaan’ mama mereka.

Jika anda juga mahu menyandang gelaran ini, dan mahukan tunjuk ajar dari saya, jom lah jadi member RichFamily.  :)

Berminat? Let's be RichFamily Member :)

Hubungi saya melalui kontek info dibawah.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Bagaimana GLA Complex membantu anda yang dalam proses 'TRYING TO CONCEIVE' Mungkin nampak simple, tapi percaya atau tidak, sudah ada ramai baby lahir selepas ibu-bapa ...
  Like · Comment · Share

Tips Mudah Minum Air Semasa Berpuasa

Jadi dilema juga bagi kita yang dah biasa minum banyak air sewaktu bukan di bulan Ramadhan untuk kekal dengan rutin yang sama. Tapi Ramadhan bukan pula alasan untuk badan kita tidak mendapat cukup air. Ada caranya. So pagi ni mari saya kongsikan antara tips yang boleh kita amalkan setiap Ramadhan atau setiap kali membuat puasa sunat/ganti.


Tips mudah utk habiskan 2-3-4 liter air semasa berpuasa Ramadhan.
(Ibu menyusu sila take note :) )

1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.

Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong

2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam between rakaat.

3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.

4. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih.

5. Minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib?

Ahaaa!! Jika tidak tertib...anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas sahur tau!

*teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...
Simple bukan?
Oklah, jika ada rakan-rakan anda yang bermasalah nak cukupkan minum 2-3liter air sehari waktu bulan Ramadhan ni, share kan entry ini dengan mereka ye. Sharing is caring, kan?

By the way. kalau anda berminat nak dapatkan Set Budget Ramadhan, promosi tengah berlangsung sehingga satu tarikh yang saya akan tetapkan nanti. Jangan tunggu sehingga harganya naik kembali. Rugiiiii..


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: [RAMADHAN, PENYUSUAN DAN TESTIMONI] Alhamdulillah, rezeki Ramadhan namanya. Rezeki yang Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Susu secukupnya untuk anak, badan yang sihat ...
  Like · Comment · Share


Adakah jenama 'breastpump' mempengaruhi kuantiti susu perahan?

Salam 6 Ramadhan semua :)

Pagi-pagi selepas bersahur, sambil tunggu azan Subuh, mari kita berkongsi tentang topik Breastpump atau pam payudara pulak.

Semalam saya ber'Whatsapp' dengan salah seorang ex-officemate saya yang sedang menyusukan anaknya yang hampir sampai 3bulan usianya. Bayinya mungkin sedang mengalami growth spurt. Menurut rakan saya tadi, anaknya menolak penyusuan terus (direct feeding) dan memilih menyusu melalui botol. Memandangkan stok susu yang tidak banyak, dan setiap kali pam rakan saya perlu terus berikan kepada bayi, timbul kerunsingan di hati ibu ini. Risau tentang peel bayinya yang berubah, risau tentang stok susu yang tak mencukupi. Kata beliau lagi, berastpump yang sedang digunakan ketika ini seperti tak 'suck' dengan baik lalu timbul persoalan, adakah jenama 'breastpump' mempengaruhi kuantiti susu perahan.

Teringat semula kenangan waktu saya menyusukan anak saya dahulu. Pam pertama yang saya beli sebagai persediaan menyusukan anak ialah Spectra3. Dan seterusnya setiap kali datang waktu-waktu tak terduga saya juga seolah-olah menyalahkan pam yang saya gunakan. Sedangkan terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keadaan susu merudum. Lalu terjadilah 'kegilaan' membeli breastpump. :)

Saya akan aim breastpump yang mendapat good feedback dan review yang baik dari blog-blog rakan ibu menyusu. Sepanjang tempoh penyusuan saya, saya telah pun membeli
-Spectra3 (electric double breastpump)
-Avent (manual)
-Medela Harmony (manual)
-Unimom Allegro (electric and battery pump operated)
-Medela FreeStyle (electric and battery pump operated)

Haaaa..punyalah banyak breastpump yang saya dah ada sekarang. Tapi hanya Medela Freestyle sahaja yang masih ada bersama saya.

Jadi, adakah jenama breastpump benar-benar mempengaruhi kuantiti susu perahan?

Melalui pengalaman saya sendiri, TIDAK.

Faktor pemilihan breastpump sepatutnya berdasarkan cici-cirinya seperti pilihan manual, bateri atau elektrik, single atau double pump, kekuatan hisapan, hisapan boleh laras atau tidak dan juga 'lifetime' pam itu sendiri. 

Orang kata breastpump paling BEST adalah Medela Freestyle. Mungkin kerana ia memudahkan proses mengepam kerana 'mobility', ringan, boleh lakukan double pumping serentak dan tak memerlukan soket elektrik kerana ianya battery-operated. Tapi jangan tak tau, ada juga pemilik Medela Freestyle tak suka gunakan FS yang dia ada tu.

Kembali pada pengalaman saya, dalam banyak-banyak breastpump yang saya pernah guna, Medela FreeStyle dan Unimom Allegro adalah yang paling mudah digunakan. Mudah dibawa dan memudahkan ibu mengepam dimana-mana hatta didalam kereta sekali pun. Begitu juga dengan Spectra3 juga pernah saya gunakan untuk mengepam ketika sedang memandu cuma saya memerlukan car adapter.
Dan memang mustahil nak mengepam sambil memandu dengan pam manual, bukan?

Pam manual pula sangat berguna disaat-saat kecemasan. Contohnya ketika perlu outstation yang kita tak pasti ada atau tidak soket untuk kita plug-in breastpump tu. Di saat-saat 'black out' dan disaat breast sudah terlalu bengkak. Suction dari manual breastpump berada dalam kawalan kita, jadi ianya sangat efektif ketika kita sedang mengepam untuk mengurangkan bengkak.

Breastpump yang baik tanpa mengira jenama juga bakal membantu dan mempengaruhi semangat ibu ketika sedang berusaha untuk membuat Power Pumping. Adakala ibu tertidur sambil mengepam ketika membuat power pumping yang mengambil masa sejam lamanya. Ibu yang melakukan power pumping dengan pam manual selalu mengalami masalah letih tangan. Motivasi beginilah yang sebenarnya mempengaruhi perasaan siibu.
Kadangkala apabila kita buat sesuatu yang kita rasa susah, ia akan menyebabkan mood down dan apabila down, susu memang segan nak keluar.

Jadi si ibu perlu benar-benar mengawal emosi dan memastikan dirinya sihat sepanjang tempoh penyusuan agar dia dapat terus berjuang dengan cabaran dunia penyusuan.

Dan yang pasti kuantiti susu perahan benar-benar bergantung kepada kekerapan sesi perahan yang anda lakukan, tanpa mengira jenama breastpump anda.

Jika anda telah pun mempunyai breastpump, tanpa mengira jenama, pastikan ia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Servis mengikut tempoh yang ditetapkan dan segeralah hantar ke pusat servis jika anda dapati performance breastpump anda mulai menurun. Biar yang pakar advise tentang produk yang mereka jual.

Happy breastfeeding to all gorgeous mama! You are the best!



----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head














Mendidik Anak Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan

Hari ni saya nak share sedikit simple tips mendidik anak berpuasa.
Tips ini saya test dekat anak saya sendiri yang berusia 6tahun sekarang.

Seawal umurnya 4 tahun dulu, saya dah mula menggalakkan anak saya untuk sama-sama bangun sahur dan cuba berpuasa. Dulu waktu umurnya 4 tahun, dia hanya mampu bertahan sehingga waktu tengahari saja. Tak apalah, kecik lagi. Sekurang-kurangnya dia tahu apa erti puasa dan berpeluang untuk cuba berpuasa.
Umurnya 5 tahun, dia berjaya puasa sehingga jam 5 setiap hari. Pulang dari taska, dengan bibir yang kering terus dia minta susu. Kata dia, dah sampai waktu berbuka apabila terdengar suara azan berkumandang. Saya turutkan juga permintaannya lalu saya buatkan susu.

Dan kini umurnya 6 tahun. Alhamdulillah, dia berjaya berpuasa dengan baik dan hanya berbuka apabila kami berbuka juga. Syukur. Dah 3 Ramadhan berlalu, dia dapat berpuasa dengan baik tanpa kelihatan lemah dan kepenatan. Malah menjelang waktu berbuka, dia semakin aktif. Gembira sebab waktu berbuka dah semakin hampir.

Antara tips yang saya amalkan untuk menggalakkan anak berpuasa:

1. Pengenalan kepada puasa
Antara yang selalu saya cerita dengan dia adalah tentang kelebihan berpuasa. Bercerita tentang sahur, bercerita tentang tak boleh makan dan minum dan bercerita tentang nasib kanak-kanak di negara miskin yang tak mampu makan dan sebagainya.

2. Galakkan anak bersahur
Berpuasa tanpa sahur bagi kanak-kanak mungkin satu cabaran yang sangat berat. Sedangkan kita golongan dewasa pon ramai yang lembik dan tidak cergas tanpa sahur, inikan pula anak kecil yang beru bertatih berpuasa.

Walaupun agak sukar untuk mengejutkan dia bangun bersahur, tapi dengan kata-kata lembut dan pujukan seorang mama akhirnya dia akur untuk sama-sama bangun dan ke meja makan.

3. Bersahur dengan makanan berkhasiat.
Saya utamakan lauk dan makanan serta minuman kegemaran dia apabila berbuka. Dan dengan lauk yang sama jugalah dia akan bersahur. Saya memilih menu begini supaya ia kena dengan selera anak saya dan memudahkan dia untuk makan di awal pagi.

Dan sebelum dia kembali tidur, saya pasti akan membancuhkan susu yang diperkaya dengan Mealshake agar dia dapat kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang siang.

4. Kurangkan aktiviti lasak.
Lumrah bagi kanak-kanak, walaupun letih tapi keinginan mereka untuk bermain bersama kawan-kawan tetap ada. Jadi saya sentiasa mengingatkan dia untuk tidak berlari-lari sehingga kepenatan. Saya juga menggalakkan dia tidur sebentar diwaktu tengahari bagi 'memendekkan' tempoh berpuasanya :)

5. Berbuka dengan menu pilihan sendiri
Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, saya memberi kebebasan pada dia untuk memilih menu berbuka setiap hari. Adakala dia minta jagung rebus, adakala dia minta kuih muih melayu dan yang paling kerap dia minta saya masakkan ayam sambal dan sup. Sesekali saya bawa juga anak saya ke Pasar Ramadhan untuk merasai 'feel' bulan puasa.

6. Kerap minum air masak diwaktu malam
Sama seperti hari-hari biasa. Air sangat penting untuk tujuan kesihatan keseluruhan kita. Jadi saya memang menggalakkan anak saya minum sedikit demi sedikit sebelum waktu tidur. Alhamdulillah, dia memang tiada masalah untuk minum air masak.

Semoga dia mampu berpuasa penuh di bulan Ramadhan ini. Saya tidak pernah memaksa dia meneruskan puasa jika nampak dia kelihatan tak mampu nak meneruskan puasa. Cuma saya menggalakkan dia cuba untuk bersabar dan mengambil iktibar dari rasa lapar yang dia rasa ketika itu. Alhamdulillah, nampaknya amalan berpuasa bagi anak saya sedang berjalan dengan baik.


Inilah wajah ceria seorang kanak-kanak yang berjaya menghabiskan puasa di hari pertama. Air Performance Drink jadi menu wajib di meja hidangan.

Jika anda ada tips lain untuk mendidik anak berpuasa, jom kongsikan dengan saya :)


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Set Triple M PILIHAN RAMAI SEPANJANG MASA

Set Triple M PILIHAN RAMAI SEPANJANG MASA.
Set Penyusuan Lengkap Shaklee


Adakah anda ibu menyusu yang;

(︺︹︺) Stok EBM dalam peti semakin susut.
(︺︹︺) Anak tiba-tiba demand tinggi
(︺︹︺) Risau stok yang ada tak dapat tampung keperluan anak.
(︺︹︺) Risau SUSU DROP semasa puasa
(︺︹︺) Risau TAK TAHAN LAPAR sebab mengepam susu
(︺︹︺)Risau KEPENATAN MELAMPAU
(︺︹︺) Risau GASTRIK
(︺︹︺) Risau DEHYDRATE

TESTIMONI
=======

Puan Azween Sahidan

For time being sy sgt suka cr n baca info on BF story among shaklee testimoni...sgt mberansangkn n menaikkn semangat...n sy just using shaklee 3m for 2weeks n sudah nmpk perubahan...kalau dlu sy sgt sedih sbb slps pum sy hya dpt collect 3-4oz only itu pon after 5-6hrs sy biarkn breast penuh...tp consultation wif shaklee people n follow their tips pum every 2 hrs sy bru tau sbnrnya sy bole dpt.3-4oz within 2hrs not for 5hrs...n if sy biarkn until 5-6hrs i can manage to get 6-7oz for 2weeks wif shaklee n sy pcy after a month mst dpt lg byk...n sy jga rs sgt enegetic...feel happy for it...tq Allah n tq shaklee.....

Puan Zeela Abd Hamid

Consume set 3M dlm pantang, lps sebulan..berat turun 10kg..best nya..nk terus "setia"...insyaallah...lps nih add to list of my budget "Shaklee's Product"..priority:)

Puan Qaseh Iffat Chenytha Lee

Saya consume set 3M, omega+ lecithin... Paling best ESP tuh yg bt kulit jadik marvellous... Ank pon dari berat 1.6kg skrg da 2bln jadi 3.8kg.. Cpt bdn naik...

Banyak lagi cerita PUAS HATI dari para pelanggan yang ambil Set TripleM.

Kenapa Set Triple M PILIHAN RAMAI SEPANJANG MASA?

**Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
**Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.

1. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

2. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit. Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.

3. Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

Set Triple M TERBAIK disetiap keadaan.

===========
CARA ORDER:
===========

✉ PM ke http://www.facebook.com/messages/KedaiTripleS
☎ Lydzar 013 3583424
 Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 

BONUS Shaklee dah masuk :)

Alhamdulillah, Jumaat yang penuh berkat. Pagi-pagi sambil prepare lauk bersahur, sempat jugalah browsing Newsfeed FB. Terpana dekat status salah seorang rakan Shaklee.

"Harimau mengaum" statusnya.

Memang kami cukup maklum, kalau ada status macam ni setiap tengah bulan. Maknanya bonus Shaklee dah pun dikreditkan ke akaun Maybank semua Shaklee Independent Distributor yang layak mendapat bonus.

Syukur Alhamdulillah. Bulan Jun yang lepas memang ramai yang perform dan cemerlang. Begitu juga dengan SID dibawah Empayar RichFamily. Kalau dulu hanya saya sorang yang mencecah 4angka, kini dah 7 orang merasai kejayaan yang sama.

Disaat masing-masing sedang bersiap untuk menyambut Ramadhan dan Syawal, bonus Shaklee masuk bagaikan penyelamat dikala memerlukan :)

Gembira rasanya apabila dapat membantu anak-anak didik saya mencapai impian mereka. Kami datang daripada pelbagai background kewangan. Rata-rata ibu bekerja dengan gaji basic antara RM1700-Rm3500 sahaja. Tinggal dibandar besar memang memerlukan kami untuk mencari jalan dan peluang lain bagi menambah pendapatan dan membantu meningkatkan income seisi rumah.

Dan kebanyakan mereka memilih untuk bersama team RichFamily kerana mendapati bidang ini sangat dekat dihati. Dekat dihati bermaksud kami memang sangat mengutamakan family dalam setiap perkara. Sebab itulah semua majlis / kelas / keraian kami bingit dan dipenuhi suara kanak-kanak :)
Saya sendiri tak sanggup nak join bisnes Shaklee ni kalau terpaksa keluar pegi kelas malam-malam dan tinggalkan anak di rumah.

So antara yang saya boleh highlight tentang bestnya berShaklee dengan kumpulan yang betul adalah:

- 24/7 sesi mentoring/coaching bersama upline dan rakan-rakan sekumpulan secara online.
- kelas & perjumpaan diadakan ikut keperluan dan kalau pergi kelas, memang kami akan angkut anak dan suami datang sekali
- sistem MLM yang adil

Semoga saya dapat membantu lebih ramai orang untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka. Dan seterusnya, kami akan dengar harimau mengaum setiap tengah bulan :)

Berminat nak join team Shaklee RichFamily saya? Kontek ai tau :)

 ---------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 








Kenapa saya selalu penat dan cadangan penyelesaiannya?

Senario zaman sekarang.

Bangun pagi -> rushing dan harung kesesakan jalan raya pergi kerja -> bebanan kerja di pejabat -> ruhing dan harung kesesakan jalan raya waktu pulang -> menguruskan rumahtangga => PENAT TAK TERHINGGA.


Inilah realiti kita sekarang kan?

Yes, senario ini memang berlaku pada anda jika anda seorang wanita. Anda memang seorang Supermom jika anda adalah golongan wanita yang bekerja, belajar/bisnes sampingan. Tak cukup dengan tugas rasmi sebagai seorang isteri dan ibu, ditambah dengan tugas sebagai seorang pekerja. Tambah lagi beban jika anda adalah seorang pelajar PJJ atau mempunyai bisnes sampingan sendiri. Penat memang penat..

Tapi apakah punca sebenar rasa penat itu? Adakah semata-mata kerana aktiviti harian yang padat? Ada lagi tak punca lain? Yup, jom kita ulas sekarang.

3 punca yang telah dikenalpasti menyumbang pada kepenatan adalah :
  • APA YANG KITA MAKAN.
  • TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

  • BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT
APA YANG KITA MAKAN.

Lumrah zaman serba pantas kini, kita memilih makan untuk menghilangkan rasa lapar dengan cepat berbanding makan makanan berkhasiat. Asal ada makanan dan cepat disediakan, itu lah yang menjadi pilihan. Dan biasanya restoran fastfood menjadi pilihan diluar, dan 'frozen food' jadi pilihan dirumah. Piramid makanan? Eh apa tu?

Semua kategori 'fast' ini biasanya menggunakan bahan pengawet dan perasa tiruan dan pastinya zat dan khasiat adalah terlalu minimum. Sedangkan tubuh kita memerlukan vitamin dan mineral daripada makanan yang lengkap. Kesiannya tubuh kita. Perut kenyang tapi sel tubuh kelaparan. Bila sel tubuh lapar, tak hairanlah kalau ia tak dapat memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan. Sebab sel tubuh pun tiada tenaga.

Diet yang seimbang membantu kita untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Jika paras glukosa dalam darah menjadi rendah, tubuh akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

TIDAK CUKUP TIDUR & REHAT

Kajian yang dilakukan oleh Timothy Morgenthaler menerusi laman web Mayo Clinic mendapati, golongan dewasa memerlukan jangka masa tidur sebanyak 7 hingga 9 jam sehari. Tetapi menurut Ustaz Azhar Idrus, tidur 5 jam dah cukup.

Bergantung pada jenis aktiviti harian kita, tidur berfungsi untuk merehatkan tubuh. Dan ketika tidurlah hampir semua anggota fizikal manusia berada dalam 'rest mode'. Mereka yang tidak cukup tidur dan rehat biasanya akan kurang fokus dan akan mengganggu kesihatan. Jadi tetapkan jadual tidur anda agar bila bangun esok pagi, tubuh akan terasa cergas kembali.

BERPUNCA DARIPADA BEBERAPA PENYAKIT.

Penyakit hipotiroid
Kalenjar tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolisma badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan pertambahan berat badan, kelesuan dan pelbagai simptom lain.


Penyakit Kencing Manis

Satu masalah pesakit kencing manis adalah sel-sel tubuh mereka tidak dapat menukarkan glukosa dalam darah kepada tenaga. Apabila ini berlaku, tenaga tak dapat dihasilkan dan hasilnya mereka akan mudah letih. Pesakit kencing manis sangat perlu mengawal pemakanan dan bersenam untuk mengelakkan simptom kepenatan ini terus menyerang mereka. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Jadi, kalau anda perlukan ENERGY BOOSTER, jom teruskan pembacaan anda :)

Vitamin untuk meningkatkan tenaga


Hmmm ada banyak produk yg sesuai untuk anda yg perlukan EnergyBooster. So anda bebas untuk memilih produk mana mengikut kesesuaian anda. Dan anda juga digalakkan menghubungi saya terlebih dahulu utk konsultasi mengikut keadaan anda :)

1- Bcomplex - secara ringkas Bcomplex berfungsi utk tukarkan gula (glukos) pada tenaga
2- ESP - terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya
3 - Cinch Tea Mix -Campuran Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.
4 - Ostematrix -memberi tenaga dan mudah bangun dari tidur
5 - Performance Drink - mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah. Performance drink sangat dikenali sebagai minuman ahli sukan. Dan kini ia diperkaya dengan formula OptiLyte pula.

Apa yang saya ambil?
Of course saya ambil semua :) Sebagai seorang mama dan seorang yang sangat sibuk dengan aktiviti harian, saya perlu pastikan tubuh saya benar-benar bertenaga. Kalau tak, habislah terbengkalai kerja-kerja harian saya. Kalau anda juga perlukan tenaga dan mahu bergerak aktif macam saya, boleh hubungi saya melalui Whatsapp / SMS di nombor yang tertera kt bawah tu ye.


----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
 





Kepentingan dan kelebihan bersahur biarpun hanya segelas air

Alhamdulillah, sejak saya kecil lagi, kami adik beradik telah dididik untuk bangun bersahur setiap kali berniat untuk berpuasa. Memasuki asrama selama 5 tahun turut membiasakan saya dengan amalan sahur. Dan sehinggalah berkahwin, mendapat suami yang suka bersahur juga. Alhamdulillah, amalan yang mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang ni ada banyak manfaatnya.Syukur, sehingga kini amalan bersahur saya teruskan bersama anak-anak saya pula.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Antara kepentingan dan kelebihan bersahur adalah seperti berikut:
  • Bersahur adalah amalan sunat dan telahpun menjadi amalan Rasulullah. Mengerjakan sahur akan mendapat pahala sepertimana amalan sunat yang lain. 
  • Bersahur umpama mengambil 'breakfast' yang terkenal sebagai 'kick-start' semua aktiviti siang kita. Jadi apabila kita bersahur, ia dapat menjana tenaga dan memberi kekuatan pada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
  • Amalan bersahur membezakan puasa seorang Muslim daripada puasa dalam agama lain contohnya Yahudi
  • Apabila kita perlu bangun awal untuk bersahur, kita juga digalakkan untuk melakukan pelbagai ibadat sunat. Bersahur membuka peluang kepada umat Islam untuk melakukan ibadat lebih banyak ibadat sunat yang lain, contohnya solat sunat Tahajud dan membaca Al Quran.
Menu sahur yang baik
Orang kata, bersahurlah walaupun hanya dengan segelas air suam dan kurma. Tapi bagi saya, saya menggariskan beberapa panduan menu sahur agar ia tetap memenuhi keperluan harian tubuh kami sekeluarga. Ini kerana jika menu yang kurang sihat diambil, ia akan memberi impak yang kurang baik pada taraf kesihatan kami.

Menu utama sahur kami terdiri daripada karbohidrat, serat dan mengurangkan pengambilan lemak. Biasanya kami mengambil hanya sedikit nasi, disertai sup ayam dan sayur-sayuran.

Saya mengutamakan vitamin, mineral dan elektrolit. Jadi sebab itulah saya 'top-up' keperluan saya melalui pengambilan Vitalea, Bcomplex dan Vitamin C setiap hari. Begitu juga dengan pengambilan Performance drink sebagai elektrolit untuk menjadikan tubuh kami kekal terhidrat.

Pengambilan air masak yang secukupnya juga saya titikberatkan kepada anak-anak agar tubuh mereka tidak terasa 'kering' dan mudah haus.


Bersahur bersama TRIPLE GEM.

Yang menambah seronoknya pada amalan sahur kami adalah apabila kami mula berkenalan dengan beberapa produk Shaklee yang mampu membuat kami berpuasa dengan penuh tenaga.

Iya, memang terbukti benar apabila puasa hari pertama kami berjalan lancar tanpa rasa letih dan kelaparan yang melampau. Semua aktiviti siang kami berjalan dengan baik seperti biasa. Gabungan 3 produk hebat iaitu Mealshake, ESP dan Performance benar-benar mampu memberikan saya tenaga untuk aktiviti harian.
Baca manfaat TRIPLE GEM

So rakan-rakan pembaca sekalian, bagaimana sahur anda?
Jom kongsikan dengan saya dengan memberikan komen kepada entry saya ini.

----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head