Training Shaklee Pertama Saya Bersama Master Norita

Saya ingat lagi, 1st training dalam Shaklee yg saya join adalah dengan Master Norita di sebuah hotel di PJ.

Masa tu bawa Hilda yang baru berumur 4bulan.
Master Norita dan suami memang presenter yg sangat best. Belajar pasal produk dan juga marketing siap ada kuiz menarik.

Modul yg disusun memang sangat sesuai untuk saya sebagai seorang newbies.

Terbaru saya join training BOTG di Hotel Sri Petaling. Idea mereka memang sentiasa fresh dan padat serta menepati keadaan terkini. 

Once dah bernaung dalam susur galur mereka dalam Shaklee ( saya level ke 4 mereka).. adalah 1 kerugian kalau takpernah cuba utk attend training yg mereka adakan. 

Saya bertuah sebab ada uplines yg memang best best belaka dan berdoa agar saya juga dapat jadi upline yg banyak memberi kepada anakdidik bisnes saya.

Keep it up kak Norita Idris! 
Semoga saya dapat follow jejak langkah kamu berdua yg supersuccessfull ini. 
Keep on inspiring and guide us ya  ..

#liveamazing
#shakleebusinessawesome

.
Mahu sertai kami dalam group yang awesome ini?
Ada ramai uplines yang sentiasa memberi tunjuk ajar bagaimana mahu menjadi sukses dalam bisnes Shaklee.

Hubungi saya 013 3583424 untuk saya terangkan dengan lebih lanjut lagi

Jom Kenali Migrain

Seringkali sahabat saya yang ada migrain mengadu sangat tisak selesa bola pulang dari keluar makan tengahari. Lepas lunch nesti sakit kepala katanya.

Saya syak dia migrain. Dan dia memang kerap bergantung kepada painkiller kerana tidak mahu kesakitannya menjejaskan kerja.
Memang kesian. 

Migrain dan cara rawatannya

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. 

Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya. 

Jenis-jenis migrain yang utama 

Classic migraine 

Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut : 

- Terlihat cahaya terang (bright spots),
- Garisan zigzag (zigzag lines),
- Penglihatan berganda (double vision),
- Buta sementara (temporary blindness),
- Kebas (numbness),
- Kepala terasa berpusing (dizziness),
- Pening (drowsiness),
- Sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion).
* Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang. 


Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut.

 Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf - satu fenomena yang dikenali sebagai spreading depression of the cortex. 

Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula. 

Common migraine 

Tanpa warning terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi. Sebab-sebab terjadinya migrain Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. 

Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah : 

i) Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

ii) Pemakanan
Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese,
nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. 


Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

iii) Diet
Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

iv) Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.

v) Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. 

Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

vi) Hormon.
Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

vii) Mengandung.
Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

viii) Haid.
Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.

ix) Pil perancang.
Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

x ) Menopause (putus haid).
HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

xi)Tidur.
Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

xii) Pemakanan yang tidak teratur.

xiii) Ubat
Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain.

xiv) Penyebab-penyebab lain.
- Perubahan cuaca.
- Cuaca terang matahari atau lampu.
- Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.
- Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.
- Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.
- Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).
- Merokok. 


Rawatan Tanpa ubat 

i) Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention. 

ii) Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan 
teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan. 

iii) Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang kena. 

iv) Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais. 

v) Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup. 

vi) Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain. 

vii) Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan 
saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak. 

viii) Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkin juga berkesan. 

Ubat 

a ) Ubat pemberhenti. 

i) Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain. 

ii) 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin. 

iii) Isometheptene. 

iv) Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine. 

B ) Ubat melegakan. 

i) Analgesic (ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. 

ii) Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi. 

c) Ubat pencegahan. 

i) Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian. 

ii) Beta blocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah. 

iii) Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah. 

iv) Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet. 

v) Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin. 

vi) Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari. Herba, Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St.John's wort (hypericum), feverfewdan gastrodia. 

Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilih


Rawatan melalui suplemen Shaklee.
 






Set Migrain







TEORI MENGENAI MIGRAIN 

Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja. Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. 

Ini menyebabkan spasm di saluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak. 

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. 

Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri - jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak. Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar). 

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang mumbuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. 

Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain. 

Jenis-jenis migrain yang lain 

i) Hemiplegic migraine - rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti. 

ii) Ophtalmoplegic migraine - sekeliling mata. 

iii) Basilar artery migraine - berlaku disturbance di saluran darah arteri ke otak yang utama. 

iv) Benign exertional headache - disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin. 

v) Status migraine - berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakaitan yang dirasa sangat teruk. 

vi) Headache-free migraine - tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit. 

Migrain di kalangan kanak-kanak  

Sebelum baligh kejadian migrain di kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan sama. Selepas itu, selalunya lebih ramai perempuan mengalami migrain. Selalunya kanak-kanak mengalami migrain di kedua-dua belah kepala atau di bahagian hadapan kepala sahaja. 

Jangkamasanya pula lebih pendek - ia mungkin berlaku selama 30 minit sahaja. Berbanding dengan migrain dewasa, migrain di kalangan kanak-kanak selalunya menyebabkan masalah perut yang lebih teruk. 

Antara tanda-tanda migrain berlaku ialah muntah, cirit-birit, selalu kencing, dahaga dan berpeluh.
 
Begitulah info panjang lebar tentang migrain.
Ia memang ternyata boleh mengganggu prestasi dan kerja harian seseorang individu. Semoga entry ini bermanfaat bagi anda.







Cari Side Income. Shaklee Bisnes Betul Ke Tipu?


Zaman ekonomi perlu cari side income


Saya nak cerita sikit pengalaman saya sendiri. Bulan Mac 2011, saya lahirkan anak nombor tiga. Tak tipu, dalam hati memang risau sebab gaji saya masa tu hanya RM2200 saja.

Duduk bandar, boleh kata kategori miskin bandar lah. Dapat saja gaji, dalam hari yang sama, buat lah online transaction bayar hutang sana sini & bil sana sini. 
Last last dalam akaun paling banyak pun hanya ada RM500 saja

Bila bertambah baby, pasti lah kena pikir kos tambahan seperti kos taska (RM300+), kos diapers ( rm200+) dan kos lain yang perlu untuk baby

Daripada RM500 yang saya ada tadi, mungkin habis untuk belanja baby saja. Allahuakbar.
Alhmdulillah, saya memang yakin setiap anak datang bersama rezeki masing masing

Bermula Sebagai SID Shaklee.

Memandangkan saya memang dah guna Set Penyusuan dan Set Berpantang Shaklee, saya pun konteklah Master Lyna. Bagitahu dia, saya nak jadi ahli dan nak jual apa yang saya dah makan selama ni.

Terkejut saya, rupanya Shaklee ni salah satu bisnes "direct selling" atau MLM. Master Lyna terangkan marketing plan. Sebenarnya masa tu saya tak faham sangat. Yang saya tahu saya nak share kebaikan kebaikan vitamin penyusuan dan bantu kawan kawan saya yang bergelar ibu untuk menjayakan penyusuan anak masing masing.

Bermulalah episod perkongsian saya melalui blog dan FB. Alhamdulillah, sambutan kawan kawan memang menggalakkan. Terutama sekali bila mereka tengok hasil EBM penuh peti saya

Dan mereka yang gunakan set penyusuan pun sangatlah puas hati dengan tahap kesihatan mereka serta tak letih lesu bila bekerja dan menyusukan anak.

Jom saksikan sekejap video Puan Fatimah bagaimana beliau boleh terjoin bisnes ni. 
Klik butang Play dan dengarkan cerita beliau ya




Shaklee Tak Pernah Gagal Bayar Bonus. Ternyata Shaklee Tidak Pernah Menipu.

Gaji Shaklee kami masuk setiap tengah bulan. Bayangkan bulan pertama saya mampu dapatkan bonus sebanyak RM500. Hujung bulan 31hb masuk pula RM2200.

Tambahan sebanyak RM500 tu sangat membantu saya dan keluarga untuk survive hidup di bandar ni. Yang saya risau risau sebelum mula bisnes tempohari kini dah tak risau lagi.
Setiap bulan, rezeki dari Allah, bonus pun meningkat seiring usaha sehingga saya mampu capai bonus 4angka. Itu pun Shaklee takpernah culas membayar tepat pada waktunya.

Seronok sangat saya dengan 2 income sepanjang 2011 sehinggalah saya resign kerja pada tahun 2013. Simpanan semakin bertambah, anak anak request sesuatu saya mampu tunaikan, belanja makan ahli keluarga sekali sekala. Alhamdulillah.

Sejak Februari 2013, Shaklee pulak jadi main income saya, malah ketika itu saya dapat berkali kali ganda dari amaun gaji opis saya. Sebab tu saya berani resign.

Help Others To Help Others

Dulu Master Lyna tolong saya kenalkan bisnes Shaklee kepada saya. Kini saya pula dalam misi memperkenalkan dan membantu orang lain pula untuk mendapatkan income kedua 
( bagi yang bekerja) dan income pertama ( bagi surirumah atau golongan yang suka bisnes dan tak bekerja dengan orang lain)

Bisnes Shaklee ternyata bukan bisnes ong kosong kerana syarikat ini sendiri telah establish di Malaysia sejak tahun 1980an lagi. Sehingga gini masih kukuh menjadi provider produk kesihatan yang sangat berkualiti dan selamat diambil oleh manusia

Jom dapatkan KEAHLIAN PERCUMA SHAKLEE melalui beberapa pakej berikut,

1. SET DETOX SHAKLEE
2. TWINPACK SET RAMADHAN
3. TWINPACK SET VIVIX
4. MANA MANA SET DENGAN 200UV

Saya bermula dengan option nombor 4.

Kalau nak tahu lebih lanjut, hubungi saya ok. Yang dekat Shah Alam, bolehlah kita set masa dan tempat untuk saya explain tentang bisnes Shaklee.

Yang jauh, kita guna saja teknologi Whatsapp -: 013 358 3424




Manfaat Alfafla Kepada Kesihatan

Manfaat Alfalfa Shaklee Kepada Kesihatan

Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
Alfalfa sangat terkenal sebagai Raja Segala Herba. Dan di Shaklee ia terkenal sebagai salah satu 'signature product'.

Alfalfa telah sekian lama membantu kesihatan manusia dari pelbagai sudut. Jika anda nak tahu, apakah ia, mari kita baca senarai panjang dibawah.

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Siapa yang boleh ambik Alfalfa?

👉 Ibu berpantang
👉 Ibu menyusu
👉 Wanita yang mempunyai masalah keintiman dan kewanitaan
👉 Meningkatkan stamina lelaki

Dan anda yang mempunyai masalah seperti yang tertera tidak kira lelaki,wanita,tua dan muda sesuai ambik Alfalfa Shaklee untuk membantu meningkatkan kesihatan.

*penghidap g6pd, pesakit sle dan pesakit buah pinggang tidak digalakkan
------------------------------------

Promosi TERHAD MAY 2016

Beli 3 Percuma 1
Saiz Small ( 300 biji)
Saiz Large ( 700biji)

Hubungi 013 358 3424
Hubungi 013 358 3424
Hubungi 013 358 3424

Untuk order pek promosi anda

International Conference Shaklee Live Orlando 2016

Assalamualaikum.

Ke Orlando Kita 

Beberapa minggu lepas dapat mesej dari Shaklee tentang Shaklee trip ini. Entry Shaklee Live Long Beach 2014  pun saya tak sempat update lagi dalam blog ni, dah datang jemputan ke Shaklee Live Orlando 2016 pula. Insya allah nanti saya buat throwback dan pastikan cerita hebat masa lalu berupdate juga dalam blog ini.


Apa Yang Best Tentang Trip Shaklee?

Untuk melayakkan diri ke Shaklee Live ni, bukan mudah. Kami perlu penuhi macam-macam requirement terutama dari segi sales dan perkembangan group bisnes kami. Jadi setelah berhempas pulas berusaha, tentu sekali pihak Shaklee reward kami dengan yang BEST dan TERBAIK.

Pengalaman saya yang sudah pergi 3kali trip bersama Shaklee;

2013 : Trip ke Kota Kinabalu
2014 : Trip ke Long Beach & San Francisco
2015 : Trip ke Umrah Ziarah Abu Dhabi

baru 3 tahun, tapi memang sangat puas hati dengan trip bersama Shaklee sebab mereka bagi kami
6 Stars Trip.

Hotel pun bukan hotel biasa-biasa yang mereka bagi sebab mostly akan merasa duduk di hotel Marriot. Setakat ni dah sempat pergi Hotel Marriot De Marquiess San Francisco dan Hotel Marriot Jeddah.

Makanan pula memang no complaint. Mereka pastikan kami mendapat makanan halal dengan mudah sepanjang travel. Malah mereka berusaha bawa kami ke Restoran Belacan Grill yang jauhnya hampir 1jam untuk lunch Malaysian style di US. Mereka book dewan makan khas dan halal hanya untuk delegasi kami breakfast sebelum keluar ke dewan conference.

Jika tidak dapat sediakan makanan, mereka membekalkan kami dengan wang saku sebanyak USD50 seorang. Makan tengahari USD50??? Banyakkkkk kan?

Sewaktu mengikuti trip Umrah Ziarah Dubai pula, kami dibawa hanya ke restoran terbaik yang ada di sana. Antaranya Restoran Kaleidoscope, yang terletak di Atlantis, The Palm Dubai dan di Hotel Majestic Dubai. Dekat sini lah saya berpeluang jumpa kek yang di tabur sprinkle emas diatasnya.
Tak pernah seumur hidup makan kek ada taburan emas. Memang jadi jakun sikitlah :)


Shaklee Live Orlando

Insya allah, bulan Ogos nanti kami akan ke sana.






Klik button PLAY ye.
Saya dah teruja sangat nak sampai ke Orlando pula. Dengar kata perjalanan bakal mengambil masa hampir 30jam termasuk transit. Bertabahlah.

Insya allah, saya akan update lagi entry tentang trip ke Orlando  ini kemudian.
Siapa sangka dengan berkongsi kebaikan suplemen dan produk Shaklee.. kami mampu menjelajah bumi Allah ini.





[ TESTIMONI ] Hilang 10kg Dalam 10Minggu, Mengujakan Bagi Mereka Yang Nak Kurus

Saya suka sangat nak share testimoni sahabat saya ini. Kisah beliau ini telah pun dikongsikan di page Your Supermom Shaklee Story musim kedua.

Nurul yang saya kenal memang suka memasak. Brownies buatannya memang sedap. Kalau dah order sekali pasti mahu lagi. Atas dasar pandai masak sedap juga lah menyebabkan Nurul suka makan sehingga berat naik bagai dipam-pam.

Cerita seterusnya saya kreditkan kepada Puan Chrysalis Nurul (Nama FB) & juga page Your Supermom Shaklee Story.


.
[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.


Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE

Khidmat Konsultasi & Order.
Lydzar Rusman
013 3583424

Program Detox Shaklee Ways Trending Ternyata Membantu Anda Hilang Banyak Kilo

Assalamualaikum.

Jom saya share kan fenomena atau trending terkini di newsfeed Facebook anda. Mungkin anda pernah terserempak dengan hashtag #detoxshakleeways & #liveamazing bukan?
Kalau tak pernah, cuba search 2 hashtag ini sekarang.

Saya yakin ada baaaaaanyak sangat post dari rakan rakan SID saya tentang program Detox Shaklee Way yang baru saja dilancarkan awal bulan April yang lepas.

APAKAH DETOX SHAKLEE WAY?



Ye, saya nak ceritalah ni 😊

Program Detox Shakle Way adalah satu program persediaan untuk kita membersihkan toksin dan memberikan rehat & rawat kepada organ organ perkumuhan kita.

Biasa kita lihat program detox dilakukan secara khusus dengan memfokuskan kepada detox usus, detox hati dan detox darah. Di Shaklee kami sedang memperkenalkan program detox yang dijalankan secara menyeluruh atau lebih holistik

Pihak Pakar Nutrisi Shaklee ( kerjasama Pakar Nutrisi Shaklee Malaysia & US ) telah merangka satu program lengkap dengan pelan pemakanan serta produk suplemen khas yang di panggil Set Detox untuk membantu kejayaan program Detox ini.

Program 7 hari dengan variasi menu setiap hari bakal memberikan manfaat kepada organ detox serta tubuh kita. Info dibawah adalah asas kepada program 7 Days Detox kami.


Day 1: Fiber
Day 2: Soup
Day 3: Colors
Day 4: Energy
Day 5: Vitality
Day 6: Carbs
Day 7: Fresh!

DETOX DIARY

Untuk memudahkan kompilasi aktiviti berdetox ini, saya juga telah wujudkan satu album gambar di Facebook saya dengan hashtag #lydzardetoxdiary. Di album ini saya berkongsi tentang menu yang saya amalkan sepanjang tempoh 7hari.

Memandangkan saya seorang ibu menyusu, pihak Pakar Nutrisi menggariskan panduan supaya saya boleh skip mealplan Day1-Day4. Dan mulakan program detox saya dengan Mealplan Day5.

Maklumlah ibu menyusu kena ada cukup khasiat, barulah susu mudah dihasilkan. Dan, saya tetap meneruskan pengambilan vitamin untuk menyusu selain vitamin Detox.

SEBELUM DAN SELEPAS DETOX

Untuk tujuan detox ini, saya telah mengambil beberapa bacaan seperti berat badan, peratusan lemak dalam badan, body age, BMI dan BMR agar menjadi penanda aras kejayaan detox saya

Selain aim hendak mengurangkan toksin, saya juga mahu menurunkan berat. Alhamdulillah, memang positif efek. Berat saya memang turun dan seluar lama terasa semakin longgar



Gambar ini adalah hasil bacaan menggunakan mesin Karada Scan. Pagi pertama saya analisa, berat adalah 53.6kg dan body age 33. Selepas berdetox, memang nampak perbezaan nya bukan??






DETOX TEAM SECOND BATCH

Saya dan ahli tim RichFamily dah selesai berdetox fasa pertama 2minggu lepas. Insya allah kami akan buat Detox 2nd Batch oada 18 May nanti. Saya sangat mengalu alukan pembaca blog saya untuk join sekali kerana side effect dari berdetox ini sangat BEST

Antaranya ;
- Berat badan turun
- Pengurangan inci (inch loss)
- Badan rasa lebih ringan
- Tiada kelesuan dan keletihan walaupun aktif menguruskan rutin harian
- kulit jadi lebih berseri dan bebas jerawat
- body age semakin muda

Baiklah, itulah dia serba ringkas pengenalan tentang program Detox kami. Entry seterusnya saya akan update lagi tentang program ini.

Lydzar Rusman
013 3583424